Rabu, 4 Jun 2014

MENYUSU KETIKA RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca blog yang setia….

Hari ini saya teruja untuk kongsikan info tentang persediaan menyusu ketika bulan Ramadhan. Mai tersangatlah teruja kerana tahun ini adalah tahun pertama mahu merasai nikmat berpuasa sambil menyusui si manja yang disayangi. Pasti ibu-ibu diluar sana ramai yang seperti saya terutama bakal ibu dan pertama kali bergelar ibu.

Dalam tak sedar, kita semua bakal menemui ramadhan tidak lama lagi. Buat ibu menyusu pasti mula memikirkan keadaan diri sepanjang bulan ramadhan dan sepanjang ramadhan nanti. Bagi ibu menyusu, perkara yang sering menjadi kerisauan adalah hasil susu perahan sepanjang berpuasa. Ramai ibu yang mendapati, hasil susu perahan mereka berkurang sepanjang berpuasa. Harapan Mai, untuk ibu yang menyusu, buatlah persediaan lebih awal. Sementara belum menjelang ramadhan ini, pertingkatkan lagi kekerapan mengepam susu untuk simpanan sebagai bekalan bulan ramadhan nanti.

 Persoalan dan pengetahuan ibu menyusu :

•Bagi yang baru bergelar ibu dan menyusukan anak pastinya dalam dilema sama ada mampu atau tidak untuk meneruskan puasa dan menyusukan anak dalam masa yang sama.

•Kerisauan bayi kurang mendapat susu yang cukup atau persoalan laratkah saya berpuasa selepas segala keperluan dan khasiat diberikan kepada bayi sering menghantui para ibu.

•Jangan bimbang kerana sebenarnya anda boleh terus menyusukan biarpun sedang berpuasa. Yang penting anda menjaga keperluan nutrien.

•Keperluan ibu yang menyusukan terutama protein sebagai nutrien utama pengeluaran susu ibu akan meningkat daripada 45gm kepada 75gm.

•Kebanyakan pengambilan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.

•Diet masyarakat Malaysia yang tinggi pengambilan lemak tepu dan karbohidrat (terutama gula) dan terlalu sedikit pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan akan membuatkan anda kekurangan nutrien sebagai ibu yang menyusukan bayi terutama sepanjang Ramadhan.

•la membantu membekalkan tenaga agar mama boleh berpuasa dengan tenang tanpa rasa lapar atau dahaga kerana menyusukan bayi. Selain itu susu yang dihasilkan juga tetap mencukupi untuk anak anda.

 
Gambar Hiasan
 

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

1.Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.

2.Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

3.Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

4.Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

5.Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6.Makan banyak kurma.

7.Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

8.Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

9.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

10.Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

11.Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

12.Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.

13.Pam susu sebelum sahur.

14.Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

15.Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

16.Ambil milk booster jika perlu.

17.Elakkan terlalu penat.

18.Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

19.Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

 

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

•Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

•Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

 

Rujukan:

1.Al-Quran al-Karim.

2.Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu & Ramadhan. Majalah Pa&Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd

3.Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.

4.Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1  September.

5.Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.

 
Sumber : http://goo.gl/8gZMZQ


Shaklee Independent Distributor 919099
Maimanah Bt Ahmad Kusosi

PM/Whatsapp 010-2334 585
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 11 Mei 2014

CARA DAN TIPS UNTUK DAPATKAN BABY GIRL

Baru - baru ini mai baru sahaja melahirkan seorang puteri.Alhamdulillah syukur doa mai dimakbulkan.Mai merancang mahu anak perempuan untuk kehamilan kali kedua.Mai amalkan beberapa cara dan tips, yela kita hanya mampu berusaha akhirnya berdoa dan mohon perkenan dariNya..

Bila mai disahkan hamil, mai amat - amat gembira kerana kehamilan ini memang ditunggu - tunggu.Bermulalah detik kehamilan dari awal hingga akhir.Awal - awal kehamilan ada juga alami morning sickness, tetapi tidaklah seteruk kehamilan mai yg pertama.Masalah sakit tulang punggung tu yang sangat - sangat derita, selepas amalkan OSTEMATRIX masalah itu dapat diatasi.Malahan mai lebih sihat, cergas dan hepi sepanjang kehamilan kedua itu.

Bab jantina memang tidak terlalu kisah, tetapi memang mengharap  seorang puteri...hehe...Pada 24 July 2013 sekitar jam 3 pagi turun tanda darah dan lendir kemudian sakit merengat terus datang dan pergi.Ini kali pertama turun tanda agak konfius juga...hehe anak pertama tiada tanda akhirnya menyerah diri...Jangkaan mai akan selamat melahirkan sekitar subuh nanti, ternyata jangkaan mai meleset, bukaan baru 2cm mai menunggu hingga keesokan harinya.

Pada 25 July 2013 - selepas subuh mai terus mandi di bilik air hospital.Tujuannya nak bersihkan diri dan bersedia dengan apa jua kemungkinan.Semasa mandi tiba - tiba nama mai dipanggil untuk sedia induce di labour room.Alangkah terkejutnya kerana pagi tu nurse bagi tahu bukaan baru 3cm.Doktor kata ini jalan terakhir untuk percepatkan bukaan di sebabkan sudah lebih 24jam leaking.Sepanjang induce mai hanya berdoa agar dipermudahkan kelahiran dan selamat.Hati bercampur baur sakit, hepi dan sedikit rasa takut...Akhirnye mai perlu melalui sekali lagi pembedahan untuk kedua kalinya.Pasrah dengan ketentuanNya pada sekitar jam 9 malam 25 July 2013 lahirlah seorang puteri yang diberi nama ZULAIKHA AMANI Binti MD.NOOR ALIZIAN.Indah sungguh kurniaanNya.

Disebabkan kelahiran puteriku ini ,ramai juga yang minta tips untuk mendapatkan anak perempuan.Disini saya sertakan beberapa cara dan tips yang boleh digunakan.Moga - moga ia memberi manfaat buat ibu - ibu di luar sana.




Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari 
hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3.Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
 
1. WAKTU BERSAMA- Anak perempuan - kena bersama seawal habis period @ sblm ovulation. Sperm boleh hidup dlm rahim 4-5 hari. So sperm standby sebelum ovum keluar.

- Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.

2. AMALAN SURAH
Petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.

- Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.

- 40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging.

- Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.

- Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan. 

- Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam.... Cubalah! Mana tahu berjaya. 

3. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

- Untuk mendapat anak perempuan, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus.

4. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakah masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

- Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

- Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

- Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormone yang meningkat ketika itu.

- Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14). 

5. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

6. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan merangsang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.

Tanda kemungkinan anda akan mendapat bayi Perempuan ;
* Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
* Payu dara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payu dara kelihatan mengembang
* Suka menghadap muka ke arah selatan semasa tidur


Sharing is Caring :)







Khamis, 8 Mei 2014

FAKTA PENYUSUAN IBU - HAK & CABARAN


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu

Sokongan suami amatlah diperlukan untuk mejayakan penyusuan susu ibu



KENAPA PENYUSUAN IBU?
Penyusuan ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malahan ia lebih daripada itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.


Penyusuan ibu melindungi bayi daripada mengalami cirit-birit dan jangkitan-jangkitan ruang pernafasan yang mendadak, ia memberi stimulasi kepada sistem pertahanan dan juga membolehkan bayi bertindakbalas dengan baik apabila diberikan vaksinasi.


Strategi Global untuk penyusuan bayi dan anak-anak kecil oleh WHO/UNICEF telah memberi saranan bahawa kanak-kanak perlu disusukan badan sepenuhnya sepanjang enam bulan yang pertama, dan kemudian meneruskan penyusuan badan dengan makanan-makanan lengkap yang lain sehingga berumur dua tahun atau lebih.

CABARANNYA
Kebanyakan ibu-ibu pada hari ini bukan sahaja tidak menyusukan badan kepada bayi mereka pada enam bulan yang pertama ataupun tidak terus menyusu badan untuk dua tahun atau lebih seperti yang disarankan, malahan mereka telah menggantikan susu badan dengan susu formula komersil atau lain-lain gantian.


Penyusuan menggunakan formula adalah mahal dan ia juga membawa risiko tambahan seperti penyakit dan kematian, terutama sekali apabila tahap jangkitan penyakit adalah tinggi serta persediaan dan penyimpanan gantian formula ini tidak dibuat dengan betul.


Kebanyakan kajian yang telah dijalankan menunjukkan kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu yang tinggal di dalam persekitaran yang dipenuhi dengan penyakit dan tidak bersih mempunyai kadar di antara enam sehingga 25 kali untuk meninggal dunia disebabkan oleh cirit-birit dan kadar sebanyak empat kali untuk meninggal dunia disebabkan oleh paru-paru berair dibandingkan dengan bayi-bayi yang telah diberikan penyusuan ibu.


Kajian yang telah dijalankan baru-baru ini tentang kematian selepas kelahiran di Amerika Syarikat telah mendapati terdapat peningkatan kematian sebanyak 25% apabila bayi-bayi tidak diberikan penyusuan yang khusus.  


HAK UNTUK DISUSUKAN BADAN
 

Konvensyen Hak Kanak-kanak telah mengenalpasti bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan serta bermatlamat di mana perkembangan dan juga kehidupan yang berterusan bagi kanak-kanak dapat dipastikan.
Penyusuan ibu merupakan cara yang paling sempurna untuk memberikan pemakanan yang terbaik untuk bayi, dan ia membawa manfaat kepada semua kanak-kanak di seluruh dunia.

Penyusuan ibu pada jam yang pertama selepas kelahiran meningkatkan serta mengukuhkan keadaan bayi tersebut untuk meneruskan kehidupan. Permulaan normal untuk penyusuan badan dalam masa minit yang pertama kepada satu jam yang pertama bermula dengan sentuhan kulit, dan ia membantu para ibu dan bayi untuk mencapai penyusuan badan yang
tinggi.


Wanita mempunyai hak terhadap pengetahuan ini dan juga mempunyai hak untuk mendapat sokongan yang mereka perlukan apabila ingin memulakan penyusuan ibu





Sumber : http://goo.gl/M9i7Ve

Jumaat, 25 April 2014

APAKAH ITU RESDUNG DAN SET RESDUNG SHAKLEE

ADAKAH ANDA PENGIDAP RESDUNG ??
KENALI TANDA-TANDA RESDUNG

Perbandingan Sinus yang sihat dan tidak sihat

Apakah Sinus ? 
(Resdung)Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka,sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Penyakit resdung boleh membawa maut
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.


Siapa yang berisiko dijangkiti resdung ?
- Alah kepada habuk, debu dan asap
- Elergi kepada makanan laut, pisang dll
- Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
- Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Kanak-kanak
Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tanda-tanda awal penyakit resdung
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan
Rongga Dahi

- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata

- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung

- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah Pendengaran

Rongga Pipi

- Masalah jerawat
- Kemerahan dibawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Rongga Dada

- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil

- Pembiakan cacing kerawit- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam


Petua Mencegah Resdung

  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. 
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Cegah sebelum parah...
Shaklee ada SET RESDUNG istimewa....
Ia terdiri daripada Alfalfa, B Complex dan Vitamin C

Jom kita lihat fungsi setiap vitamin


 
Untuk Sebarang Tempahan

PM/Whatsapp 010-2334 585
Maimanah
Sid: 919099
Fb: https://www.facebook.com/Darwisy Amani MaiNoor 
Email: mumynabhan@yahoo.com             

Khamis, 24 April 2014

DOA YANG DI AMALKAN BAGI IBU MENYUSU

Assalamualaikum momiess.....
Hari ini saya sharekan amalan yang sangat-sangat baik di amalkan ketika menyusui si manja anda.Moga-moga dengan amalan ini kita di beri kemudahan de kelancaran menyusui sehingga 2 tahun atau lebih.
Dengan amalan doa-doa ini semoga si manja kita menjadi anak-anak yang hebat di dunia dan akhirat.Seperti mana yang kita ketahui SUSU IBU adalah yang terbaik DI DUNIA....






DOA UNTUK IBU YANG MENYUSU BABY
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Hepi breastfeeding momiess :)

Selasa, 22 April 2014

RESEPI TAUHU GORENG & CENDAWAN SHITAKE SUMBAT ALA HARMONY

Assalamualaikum semua....
Harini saya nak share menu simple tapi sedap wooah....menu ini saya dapat daripada grup masakan di dalam fb tetapi saya olah sedikit mengikut citarasa tekak saya...hihihi...kebetulan kami sekeluarga tidak sihat demam, batuk dan selesema menyerang...kesian kat suami dan anak bujang saya...Jadi saya pun cubalah menu ini...maklomla perlukan yang segerrr gitu tekak x sedapkan....orang x sakit pon boleh gak mencubanya pasti mabeless anak-anak apetah lagi coz anak saya suka sangat...dia puji sedapnye mumy...kembang makkkk!!!!!



Tauhu Goreng dan Cendawan Shitake Sumbat Kukus




Jom tengok resepinya....

TAUHU GORENG DAN CENDAWAN SHITAKE SUMBAT SPECIAL

Versi kukus....makan terus...tanpa goreng....mmg mabeles...lagi-lagi yg cendawan tu manis-manis gitu...

Bahan-bahan:

Sedikit isi ayam
1 biji tauhu telur
1 biji tauhu biasa
1 beg tauhu goreng
1 beg cendawan shitake
Daun sup
1/2 biji cili merah
Lada hitam
Habatussauda
1 biji telor
Garam
Perasa jika suka

Cara - cara:

1-Cincang ayam dan ketepikan
2-Pecahkan tauhu telur dan tauhu biasa di dalam pinggan/mangkuk campur bersama ayam
3-Kemudian potong daun sup dan cili merah campurkan bersama di dalam pinggan/mangkuk yang berisi tauhu dan ayam tadi
4-Tumbukkan lada hitam,garam,habatussauda hingga hancur dan masukkan kedalam pinggan/mangkuk tadi kacau rata akhir sekali pecahkan telur dan kacau lagi
5-Bolehla masukkan ke dalam tauhu goreng/cendawan shitake siap kukuskan sebentar dan boleh di hidangkan...kalau suka di goreng boleh juga...



Tauhu Goreng & Cendawan Shitake Sumbat Sup

Yang ni pula keesokan harinya saya buat...Tauhu dengan cendawan sumbat tu ada balance so saya masukkan dalam sup campur jer....memang best makan time panas tu dengan nasi panas...kalo nak sedap lagi buatkan sambal kicap...perghhhh memang terangkat beb....hahhahahaha...saya yang menulis ni pun naik meleleh ayaq liorrr....kikiki

SUP SAYUR HARMONY

Bahan-bahan :

2 biji bawang putih
Lada hitam
Habatussauda
Isi ayam - potong kecil / cincang kasar
Lobak merah
Kacang peas
Jagung kecil
Cili merah
Daun sup
Bawang goreng
Tepung jagung
Minyak masak
Garam
Perasa jika suka

Cara - cara :

1- Tumbukkan bawang putih, lada hitam dan habbatusauda
2- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/periuk kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk.Tumiskan sebentar sehingga naik bau dan masukkan isi ayam kacau sementara
3- Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih sebentar
4- Apabila air  mendidih masukkan sayur dan perasakan dengan garam dan perasa (jika suka)
5-Last sekali bancuh sesudu tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan di dalam kuah.Kuah akan berubah agak likat dan pekat sedikit
6-Tutup api dan taburkan dengan daun sup dan bawang goreng

Selamat menjamu selera..untuk sayur anda boleh tambah dan ubah mengikut kreativiti dan selera masing-masing....

P/S : Isi ayam boleh juga di tukar kepada isi udang atau daging



Khamis, 17 April 2014

10 LANGKAH UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:









1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.



2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.



3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).










4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).



5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalanberenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 



6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.



7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.



8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.



9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)



10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1048972/10-langkah-untuk-kehamilan-sihat#ixzz2z7wgbI00