Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca blog yang
setia….
Hari ini saya teruja untuk kongsikan info tentang persediaan
menyusu ketika bulan Ramadhan. Mai tersangatlah teruja kerana tahun ini adalah
tahun pertama mahu merasai nikmat berpuasa sambil menyusui si manja yang disayangi. Pasti ibu-ibu diluar sana ramai yang seperti saya terutama bakal ibu
dan pertama kali bergelar ibu.
Dalam tak sedar, kita semua bakal menemui ramadhan tidak
lama lagi. Buat ibu menyusu pasti mula memikirkan keadaan diri sepanjang bulan
ramadhan dan sepanjang ramadhan nanti. Bagi ibu menyusu, perkara yang sering
menjadi kerisauan adalah hasil susu perahan sepanjang berpuasa. Ramai ibu yang
mendapati, hasil susu perahan mereka berkurang sepanjang berpuasa. Harapan Mai,
untuk ibu yang menyusu, buatlah persediaan lebih awal. Sementara belum menjelang
ramadhan ini, pertingkatkan lagi kekerapan mengepam susu untuk simpanan sebagai
bekalan bulan ramadhan nanti.
•Bagi yang baru bergelar ibu dan menyusukan anak pastinya
dalam dilema sama ada mampu atau tidak untuk meneruskan puasa dan menyusukan
anak dalam masa yang sama.
•Kerisauan bayi kurang mendapat susu yang cukup atau
persoalan laratkah saya berpuasa selepas segala keperluan dan khasiat diberikan
kepada bayi sering menghantui para ibu.
•Jangan bimbang kerana sebenarnya anda boleh terus
menyusukan biarpun sedang berpuasa. Yang penting anda menjaga keperluan
nutrien.
•Keperluan ibu yang menyusukan terutama protein sebagai
nutrien utama pengeluaran susu ibu akan meningkat daripada 45gm kepada 75gm.
•Kebanyakan pengambilan vitamin dan mineral turut meningkat
antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat
besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.
•Diet masyarakat Malaysia yang tinggi pengambilan lemak tepu
dan karbohidrat (terutama gula) dan terlalu sedikit pengambilan sayur-sayuran
dan buah-buahan akan membuatkan anda kekurangan nutrien sebagai ibu yang
menyusukan bayi terutama sepanjang Ramadhan.
•la membantu membekalkan tenaga agar mama boleh berpuasa
dengan tenang tanpa rasa lapar atau dahaga kerana menyusukan bayi. Selain itu
susu yang dihasilkan juga tetap mencukupi untuk anak anda.
Gambar Hiasan |
Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
1.Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk
ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
2.Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana
suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan
Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
3.Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur.
Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka
menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
4.Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
5.Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang
kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6.Makan banyak kurma.
7.Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman
gas.
8.Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
9.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
10.Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui
bayi.
11.Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
12.Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada
waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang
hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.
13.Pam susu sebelum sahur.
14.Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin
anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam
kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum
menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
15.Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai
persediaan menghadapi Ramadhan.
16.Ambil milk booster jika perlu.
17.Elakkan terlalu penat.
18.Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan
sentiasa ceria
19.Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan
sekiranya menghadapi masalah.
Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
•Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat
puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia
meringankan) puasa”.
•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku
kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk
qadha’ puasanya sahaja.
•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan
berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya
dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari
yang dia berbuka.
•Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa
hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir,
(bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang
dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi
makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]
Rujukan:
1.Al-Quran al-Karim.
2.Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu & Ramadhan.
Majalah Pa&Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
3.Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus
Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.
4.Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1 September.
5.Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat
Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.
Sumber : http://goo.gl/8gZMZQ
Shaklee Independent Distributor 919099
Maimanah Bt Ahmad Kusosi
PM/Whatsapp 010-2334 585
Shaklee Independent Distributor 919099
Maimanah Bt Ahmad Kusosi
PM/Whatsapp 010-2334 585
Tiada ulasan:
Catat Ulasan