Khamis, 8 Mei 2014

FAKTA PENYUSUAN IBU - HAK & CABARAN


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu

Sokongan suami amatlah diperlukan untuk mejayakan penyusuan susu ibu



KENAPA PENYUSUAN IBU?
Penyusuan ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malahan ia lebih daripada itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.


Penyusuan ibu melindungi bayi daripada mengalami cirit-birit dan jangkitan-jangkitan ruang pernafasan yang mendadak, ia memberi stimulasi kepada sistem pertahanan dan juga membolehkan bayi bertindakbalas dengan baik apabila diberikan vaksinasi.


Strategi Global untuk penyusuan bayi dan anak-anak kecil oleh WHO/UNICEF telah memberi saranan bahawa kanak-kanak perlu disusukan badan sepenuhnya sepanjang enam bulan yang pertama, dan kemudian meneruskan penyusuan badan dengan makanan-makanan lengkap yang lain sehingga berumur dua tahun atau lebih.

CABARANNYA
Kebanyakan ibu-ibu pada hari ini bukan sahaja tidak menyusukan badan kepada bayi mereka pada enam bulan yang pertama ataupun tidak terus menyusu badan untuk dua tahun atau lebih seperti yang disarankan, malahan mereka telah menggantikan susu badan dengan susu formula komersil atau lain-lain gantian.


Penyusuan menggunakan formula adalah mahal dan ia juga membawa risiko tambahan seperti penyakit dan kematian, terutama sekali apabila tahap jangkitan penyakit adalah tinggi serta persediaan dan penyimpanan gantian formula ini tidak dibuat dengan betul.


Kebanyakan kajian yang telah dijalankan menunjukkan kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu yang tinggal di dalam persekitaran yang dipenuhi dengan penyakit dan tidak bersih mempunyai kadar di antara enam sehingga 25 kali untuk meninggal dunia disebabkan oleh cirit-birit dan kadar sebanyak empat kali untuk meninggal dunia disebabkan oleh paru-paru berair dibandingkan dengan bayi-bayi yang telah diberikan penyusuan ibu.


Kajian yang telah dijalankan baru-baru ini tentang kematian selepas kelahiran di Amerika Syarikat telah mendapati terdapat peningkatan kematian sebanyak 25% apabila bayi-bayi tidak diberikan penyusuan yang khusus.  


HAK UNTUK DISUSUKAN BADAN
 

Konvensyen Hak Kanak-kanak telah mengenalpasti bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan serta bermatlamat di mana perkembangan dan juga kehidupan yang berterusan bagi kanak-kanak dapat dipastikan.
Penyusuan ibu merupakan cara yang paling sempurna untuk memberikan pemakanan yang terbaik untuk bayi, dan ia membawa manfaat kepada semua kanak-kanak di seluruh dunia.

Penyusuan ibu pada jam yang pertama selepas kelahiran meningkatkan serta mengukuhkan keadaan bayi tersebut untuk meneruskan kehidupan. Permulaan normal untuk penyusuan badan dalam masa minit yang pertama kepada satu jam yang pertama bermula dengan sentuhan kulit, dan ia membantu para ibu dan bayi untuk mencapai penyusuan badan yang
tinggi.


Wanita mempunyai hak terhadap pengetahuan ini dan juga mempunyai hak untuk mendapat sokongan yang mereka perlukan apabila ingin memulakan penyusuan ibu





Sumber : http://goo.gl/M9i7Ve

Tiada ulasan:

Catat Ulasan