Hari ni nak cerita tentang Tekanan Darah Rendah Ketika Hamil....
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil pernahkah anda melalui masalah tekanan darah rendah...sehinggakan baru sahaja daftar buku pink bacaan darah amat-amat rendah.Mesti runsingkan memikirkan keadaan diri yang tidak sebegitu sihat sedangkan ada insan kecil yang sedang berjuang di dalam rahim kita....
Situasi ini pernah di lalui oleh saya ketika kehamilan pertama saya...Oh tersangatla risau dan terlalu banyak bebelan dan leteran nurse dan juga doctor...Apa boleh buat kenela lalui juga...demi kesihatan mumy dan juga baby....bersebab tu doc ngan nurse marah...hehehehe
Apepon saya dah selamat dengan kelahiran pertama saya...syukur Alhamdulillah...
Tahukah Anda???
Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.
APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.
1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??
Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju atau rasa berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.
Simptom awal anemia
1. Sentiasa letih
2. Pening kepala atau pitam
3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah
mendapat sesak nafas
4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
5. Penurunan berat badan
6. Kadar denyutan jantung yang cepat
7. Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi,vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa didalam kandungan
AWAS!!!
1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
2. Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
3. Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.
Untuk Sebarang Tempahan
PM/Whatsapp 010-2334 585
Maimanah
Sid: 919099
Fb: https://www.facebook.com/DarwisyAmani MaiNoor
Page: https://www.facebook.com/pages/Heart-Love-Vitamin
Email: mumynabhan@yahoo.com
mumynabhan@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan